Monday 6 May 2013

Resepi Kek Oren Kukus Sunquick

RESEPI KEK OREN KUKUS SUNQUICK

Pengenalan


Resepi Kek Oren kukus merupakan sejenis kek istimewa yang terkenal dengan reka bentuk berwarna oren. Kek yang lembap ini penuh dengan rasa oren yang manis kerana salah satu bahannya adalah pewarna oren atau menggunakan jus oren yang asli. Selain daripada itu, pewarna makanan oren juga sering kali ditambah di atas lapisan kek untuk menambahkan kecantikannya. Kek ini biasanya dihiaskan dengan menambah aising berkrim dalam lapisannya. Aising yang paling gemar digunakan adalah aising vanilla berkrim dan aising keju krim.

Resepi Kek Oren kukus sentiasa dialu-alukan di kalangan masyarakat sekarang dengan memenuhi citarasa di samping keenakan kek tersebut yang dapat membuka selera sebagai pencuci mulut. Kek Oren boleh dihidangkan untuk sebarang majlis keraian seperti majlis harijadi, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, majlis perkahwinan dan sebagainya. Pada masa kini, Kek Oren ini merupakan sejenis kek yang bakal menjengah kepasaran Malaysia disebabkan rasanya yang sedap dan istimewa.

Keenakan Kek Oren yang dihasilkan telah memberikan impak kepada masyarakat Malaysia sekarang disebabkan hasil kerja tangan yang sangat dinikmati. Penghasilan kek yang sedap ini adalah melalui proses yang teliti dan teknik yang bagus sekali. Kepelbagaian corak, rasa dan saiz untuk kek ini adalah menarik dan menghangatkan suasana di meja makan.


Resepi Kek Oren Kukus Sunquick
Bahan-Bahan untuk Resepi Kek Oren Kukus Sunquick

200 gram tepung gandum
180 gram mentega
160 gram gula halus
4 biji telur ayam
1 biji limau (ambil jus dan parutan kulitnya)
1/2 sudu besar ovelatte
1 sudu serbuk penaik
Sedikit soda bikarbonat
Pewarna oren sodium
Garam secukup rasa


Bahan-Bahan untuk Aising Keju Krim
2 ketul (227 gm) keju krim (suhu bilik)
2 ketul (227 gm) keju Mascarpone (suhu bilik)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan (115 gm) gula aising
360 ml double krim
Bahan-Bahan untuk Buttermilk
240 ml susu segar
1 sudu besar cuka


Cara-Cara untuk Membuat Kek Oren Kukus

1) Cuci buah limau, potong dan buangkan biji dan urat putih di tengah-tengah. Potong lagi buah limau sehingga kecil.

2) Pertama sekali, campurkan tepung gandum, mentega, telur saiz besar, serbuk penaik dan soda bikarbonat dalam satu mangkuk.

3) Letakkan garam dan gula halus secukup rasa.

4) Panaskan ketuhar pada suhu 175 °C dan susun tetingkat di tengah ketuhar.

5) Gris dan alas 2 tin pembakar bulat bersaiz 9 inci.

6) Ayak bersama ke dalam mangkuk tepung gandum, mentega, serbuk penaik dan sebagainya.

7) Membuat buttermilk dengan mencampurkan cuka ke dalam susu segar dan kacau sekata. Ketepikan untuk beberapa ketika dan dicampur dengan pewarna oren sodium.

8) Pukul atau putar gula dan mentega sehingga kembang dan masukkan telur sebiji demi sebiji dengan perlahan-lahan ke dalam dan pukul sekali lagi sehingga gebu.

9) Sementara itu, masukkan ovelatte dan jus limau. Pukul sehingga sebati dan masukkan parutan kulit limau bersama dengan pewarna oren sodium.

10) Kacau sebati pewarna oren sodium di dalam buttermilk.

11) Seterusnya, masukkan 1/3 campuran tepung ke dalam adunan mentega dan kacau sekata. Selepas itu, masukkan pula 1/3 campuran buttermilk dan kacau sehingga rata. 1/3 campuran tepung akan dimasukkan secara berselangseli dengan campuran buttermilk.

12) Kemudian, campurkan cuka dan soda penaik dalam cawan. Masukkan campuran tersebut dalam adunan kek. Ketepikannya sehingga berbuih dan kacau sekata.

13) Masukkan adunan kek ke dalam dua acuan bulat sama rata dan bakar sehingga masak untuk 30 minit atau kek itu masak sepenuhnya.
 
14) Sejukkan kek semasa adunan kek masih masak. Selepas itu, bungkuskan kek dengan menggunakan plastik dan sejukkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya satu jam sebelum dihias dengan aising berkrim (aising vanilla berkrim atau aising keju krim).

15) Akhirnya, kek akan dihiaskan dengan mengikut citarasa masing-masing. Belah memanjang setiap kek menjadi 2 keping dan sapukan aising berkrim dalam setiap lapisan. Kek ini dapat direka bentuk dengan cara yang berbeza.

Tips: Semasa membakar kek, sekiranya didapati bahagian tengahnya masih belum masak tetapi di bahagian atas kek telah cukup masak, letakkan sehelai aluminium foil di atas permukaan kek dan tambahkan lagi waktu untuk membakar kek sehingga kek masak sepenuhnya. Kemudian cuba kek itu samada sudah masak atau belum. Sekiranya belum masak, langkah ini akan diteruskan sehingga mendapat kek yang telah masak sepenuhnya. Tujuan meletak aluminium foil adalah untuk mengelakkan permukaan kek terlebih masak atau hangit.



Cara-Cara untuk Membuat Aising Keju Krim

1) Pukul krim keju dan keju Mascarpone sehingga licin.

2) Kemudian masukkan asen vanilla dan gula aising. Pukul campuran itu sehingga licin.

3) Gunakan double krim yang masih sejuk dari peti sejuk tetapi bukan double krim yang telah lama dibiarkan di dalam suhu bilik.

4) Masukkan double krim sedikit demi sedikit sambil terus pukul sehingga sebati.

5) Sapukan aising keju krim pada kek dan hiaskan kek itu dengan mengikut kreativiti masing-masing.

Konsistensi aising keju krim dapat memudahkan kerja-kerja untuk menghias kek.

Tips: Cara terbaik untuk nyahbeku double krim dari peti ais adalah mengeluarkan kotak double krim dari peti ais dan tempatkan di dalam peti sejuk selama 12 - 24 jam sebelum digunakan.

Kesimpulannya, Kek Oren boleh didapati meluas dengan warna oren sebagai penghiasan. Warna yang cantik dan terang dapat menarik perhatian di kalangan kaum yang berbeza-beza. Ramai orang suka membuat resepi Kek Oren kukus sunquick sendiri untuk sesisi keluarga atau membuat perniagaan dengan menjual kek ini kepada pelanggan dalam restoran-restoran dan kedai-kedai kek atau roti. Ini adalah disebabkan cara-cara untuk membuat Kek Oren adalah lebih mudah dan senang. Bagaimanapun, resepi Kek Oren sunquick yang hanya mempunyai sejenis warna oren sahaja, juga telah menjadi semakin terkenal dan boleh dijumpai di kebanyakan tempat.